Cerita Yang Sangat Sedih
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil
membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak
mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung
macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya
tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata
dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama
keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar
untuk segera ....
sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi
dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis
semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia
sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang,
Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan
kenderaannya.
"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia
aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak
ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di
depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BANG!!.
"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad
mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak
saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan
kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, asyik dok berangan
saja, belajar pun malas, kerja pun tak mau, ada hati nak berlaki. Apa
punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni!
Dah!! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus
merungut sambil berlalu keluar...... dan Julia tersengih
keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "
Copyright 2013 © Hak Cipta Terpelihara by Cik Mafisah