En Suami : Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk.
Ustaz : Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zureat kamu ke? Tentu
tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. isteri
kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih
mencintai kamu dari bentuk badannya.
En suami : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah
lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang.
Ustaz : Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang
kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu,
hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama
kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya
dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga
anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu.
En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan
simpanan saya..
Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka
bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu
tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih
memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah
cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu
sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu.
En suami : .... tapi kan ustaz....
Ustaz : Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di
mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk
lelaki yang tak tahu bershukur seperti awak. Cuba awak pikir kalau bukan
kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat
awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia bole
memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah
pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang
tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri
seperti dia.
"Kesetiaan perempuan diuji ketika lelaki yang mereka sayang tiada
apa-apa harta. Tetapi kesetiaan lelaki diuji ketika dia punyai
segalanya."
Subhanallah !
**kepada para suami,,hargai isterimu.......walaupun kau punya segala2nya,,isterimu tetap setia disaat susah dan senangmu....