Apa khabar saudara dan saudari ?? Hari ni saya terjumpa satu 'soal jawab' kat
Darul Nu'man tentang qada' kan solat fardhu..Bagi yang terlepas solat fardhu ,,boleh laa ambil ni sebagai ilmu baru korg k ! Yela ,,ada jugak yg tak tahu camne nak buat kalau terlepas solat faruhu kan lebih2 lagi solat Subuh~
1. Mengqada'kan Solat
Soalan:
Adakah perlu mengqada' solat fardhu yang telah ditinggalkan atau cukupkah dengan bertaubat sahaja?
Abdullah, KL
Jawapan:
Pengertian
qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah
pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam
waktunya. Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak,
diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat
tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua
perkara iaitu terlupa dan tertidur.
Mereka
yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja, wajib
bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat
tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu,
tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun,
menyesal di atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang
ditinggalkan dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa
akan datang. Wajib ke atasnya mengqada' semula solat-solat yang telah
ditinggalkan.
2. Masa Mengqadha' Solat
Soalan:
Bilakah tepat masanya yang sesuai untuk kita mengqadha' solat fardhu?
Jaffa, Singapura
Jawapan:
Para ulama sepakat bahawa mengqadha' solat itu wajib bagi orang yang
lupa atau tertidur, sebagaimana dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW:
"Sebenarnya bukanlah termasuk lalai kerana tertidur. Kelalaian itu ialah
di waktu bangun. Maka apabila seseorang lupa solat atau ia tertidur,
hendaklah ia melakukannya jika telah ingat atau sedar". Orang yang
pengsan, tidak perlu mengqadha' solatnya, kecuali bia ia sedar itu cukup
waktu untuk bersuci dan bersolat.
Adapun
orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka menurut mazhab Jumhur
ia berdosa dan wajib mengqadha'. Sebaliknya Ibnu Taimiyah berkata:
"Orang yang sengaja meninggalkan solat, tidaklah diperintah oleh syarak
mengqadha' dan jika diqadha' juga maka tidak sah, hanya ia harus
memperbanyak solat sunat".
Kemudian
menurut Abu Hanifah, Malik dan Syafei berpendapat bahawa ia harus
mengqadha' bila waktunya habis, bahkan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah
mengatakan bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat atau beberapa
solat, ia boleh mengqadha' sebelum solat yang waktunya hadir, ini bila
yang sengaja ditinggalkan itu lima kali solat atau kurang, baik waktu
hadir itu sudah habis atau belum. Namun kalau lebih dari lima waktu,
maka dimulai dengan solat yang hadir waktunya itu.
3. Tertidur Waktu Solat Subuh
Soalan:
Saya
mendengar ada orang mengatakan kalau kita terlewat bangun waktu Subuh
lalu waktu Syuruk telah lepas, kita boleh terus sembahyang Subuh tanpa
perlu niat Qadha'. Betulkah Ustaz? Kalau boleh Ustaz tolong jelaskan?
Abdullah, KL
Jawapan:
Jika kita terlewat waktu subuh kerana tertidur, sedangkan waktu syuruk
telah lepas ataupun matahari telah terbit, maka ketika terjaga tersebut
segeralah mengerjakan solat Subuh. Tidak perlulah kita berniat qadha',
sebab terlepas sesuatu hukuman tersebut lantaran bukan sengaja. Namun
jika kita mengetahui telah masuknya waktu subuh tetapi kita meneruskan
tidur, maka perkara ini jelas berdosa.
4. Terlewat Solat Subuh
Soalan:
Saya
telah terlewat bangun untuk mengerjakan sembahyang subuh sehingga luput
waktunya, bolehkah saya mengerjakan sembahyang subuh itu walaupun telah
luput waktunya atau saya perlu mengqadanya bila waktu zuhur?
MS, Shah Alam
Jawapan:
Meninggalkan solat secara sengaja adalah berdosa. Ini kerana solat itu
adalah tiang agama. Sesiapa yang menunaikannya bererti telah mendirikan
agama dan sesiapa yang mencuaikannya bererti meruntuhkan agama. Namun
begitu bagi orang yang tertinggal solat bukan dengan cara sengaja
seperti bangun subuh lewat dari waktunya, maka yang terlibat tidak
berdosa.
Bagaimanapun
ia dikehendaki segera mengqada'kannya tanpa menunggu masuknya waktu
zohor. Ini berdasarkan sebuah hadis yang sahih yang menjelaskan Allah
SWT tidak mengambil kira amalan yang dilakukan oleh umat Muhammad yang
dilakukan secara tersalah, terlupa atau terpaksa.
5. Mengqada Solat yang Tertinggal
Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk mengqadakan sembahyang yang tertinggal, dan apakah niatnya?
Azham,Sg Petani
Jawapan:
Para ulama sepakat bahawa mengqada solat itu wajib bagi orang yang lupa
atau tertidur. Begitu juga meninggalkan solat dengan sengaja maka
menurut mazhab jumhur ia berdosa dan wajib mengqadha. Menurut Imam Abu
Hanifah, Imam Malik dan Imam Syafie, orang yang meninggalkan solat wajib
mengqadanya. Bahkan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa
barangsiapa meninggalkan solat atau beberapa solat, ia boleh mengqada
sebelum solat yang waktunya hadir. Ini bila solat yang ditinggalnya itu
lima kali solat atau kurang, baik waktu hadir itu sudah habis atau
belum. Tetapi kalau lebih dari lima waktu, maka supaya dimulai dengan
solat yang hadir waktunya itu.
Mengenai
niat, cukup dengan menanamkan niat dalam hati bahawa solat yang akan
kita kerjakan itu merupakan solat qada dari solat-solat tertentu yang
tertinggal.
# So ,,camne ?? Dah tahu kan ?? Sekiranya kita terlupa ke ,,kita dah tahu apa nak buat kan ?? Semoga ilmu ini bermanfaat buat semua! sampai di sini saja ^^