Suatu
ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.
Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan
yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara
kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang
terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya
ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini
kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau
isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga
dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah
seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun
apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan
isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong
dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama
halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat
setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah
yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi
si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini
begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu
memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia
menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula
merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini,
aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan
sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu
dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada
isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan
perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau
mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja
tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa
berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada
pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang
sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu
sepenuh hati dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut
denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab,
"Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati".
Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu
setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku
perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan
mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak
mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur
saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan
ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia
bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati
isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu
kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si
pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada
saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja
yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah,
semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak
ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita
meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah
dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula
adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan
mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai
kuburlah mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI
PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan
melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya,
hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan
mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong
kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
SERONOK KE KUKU PANJANG?
Assalamualaikum..
Ini ada sedikit hukum berkuku panjang.
Dosa Kuku Panjang
Sekarang ni ramai yang pakai cincin, tapi ikut suka dia je. sunnah nabi jarang nak ikut. Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Potonglah kuku anda. The truth jangan ada niat simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll.
Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bankrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata, pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Maklumat Tambahan kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
**jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
RENUNG2KANLAH DAN BERFIKIRLAH SECARA MATANG ....... SEMOGA KITA JAUHKAN LAH SEGALA LARANGAN..
Wallahualam..seandainya ada yang tersilap,,tolong perbetulkan :)