Comelnye baru bangun tdo !

Elly baru bangun tidur.

Terus ke meja study.

On laptop.

Password : ******

*Welcome*

Cursor di arah ke YouCam.

“Nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!”

Klik..klik..klik…

Save in…’aku cute’ folder.

Cursor di arah ke Celcom..double click!

Connect…


“Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe”

Klik Google dan search 'facebook'

*LOG IN*

Upload photo..

create album : Buchuk baru bangun tdo! ngee~

location : -

 “da settle da upload..yes!”

Muhd Khairy, Adam, Wanz and 56 other people like your photo

Haziq, haikal, boboy and 26 others commented on your photo. 

“Giler banyak..hehe baru je letak kot”

Boboy : awk ni cute sgt la..mcm amoy!

Khairi : cun abis~

Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~

Elly : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun… 

1 message received 

Opening……

Unknown :

“wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya & lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu y awak sendiri TAHU yg awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =) ” 
*LOGOUT*

Kenapa masih tayangkan aurat di facebook ??

 

Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya. Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara. Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita..

Minta maaf banyak-banyak jika jawapan di bawah ini tidak menyenangkan anda.
Kaum hawa ini bukan tak tahu hukum mendedahkan aurat tapi kenapa masih tayang aurat di facebook?kenapa?

Sebab-sebabnya ialah :
1.Biar orang melihat bahawa dia ni cantik
2.Ingin menggoda lelaki
3.Suka dilihat seksi
4.Tidak cukup kain
5.Ingin melanggar ajaran agama
6.Jahil(Bodoh)

*Hukum perempuan yang meletak gambarnya di facebook walaupun menutup aurat?
-Tutup aurat pun kalau bersolek,edit gambar,buat aksi seksi atau seumpamanya masih tetap HARAM.

*Hukum meletak gambar artis ataupun kawan yang tidak menutup aurat?
-HARAM meletakkan gambar yang mendedahkan aurat samada gambar artis ataupun kawan,disebabkan kita juga akan mendapat saham dosa kerana meletakkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat.

*Hukum "LIKE" gambar kawan-kawan yang mendedahkan aurat?
-"LIKE" itu maknanya suka.Suka tu ada dua makna,suka melihat gambar dia dan suka melihat dia mendedahkan aurat.Kalau suka dia mendedahkan aurat hukumnya Haram dan jika kita "LIKE" bermakna kita sokong dia,hukumnya tetap HARAM.

p/s:Bagi perempuan yang tidak menutupi aurat dengan sempurna dan dalam masa yang sama ayahnya telah meninggal dunia,segerakanlah membuang gambar yang tidak tutup aurat kerana di dalam kubur,ayah anda menanggung segala dosa anda kerana anda tidak menutup aurat dan bagi perempuan yang masih ada ayah,tutuplah aurat dengan sempurna kerana "Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka."


#Yg ni saya c/p dr sahabat saya ! ;) tapi ada tambah2 jugak ! Terima kasih kerana sudi membaca ^^

Jangan cabar Allah !

Bila putus cinta, tak jadi kahwin, putus di tengah jalan..
Kita biasa dengar ungkapan ni.

"Dah takde jodoh..."

Tapi saya nampak ianya lebih dari itu. Ada banyak punca, antaranya:

Ianya adalah pengajaran dari Tuhan.

Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, timbul sampai ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,

"Dialah segala-galanya bagi aku."
"Aku hanya sayang dia seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia."
"Rinduku milik dia."
"Ah, hanya dia."
"Hatiku milikmu."
"Dialah satu, tiada dua."
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."
"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."
dan bermacam lagilah.

Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.

Dgn kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan.

Pada Tuhan tak pernah² diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. Tapi, pada manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya. Beri hatinya.

Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan.

Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab cempedak jadi nangka, sebab berebut murtabak dan macam2 sebab lagi. Itu cumalah asbab.

Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah.

After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju?

Allah juga jadi tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir,
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"Cukuplah Allah bagiku."

Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia.
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya,

"Kun Fa Yakun."

Putuslah.
Berakhirlah.

"Kembali sujud pada-KU!"

Sekarang setelah dah tiada jodoh,
Siapa yang kau lebih perlukan?

Barulah tersedar,
"Aku perlukan Allah.
Aku sayang Allah."

Akhir kata, jangan cabar Allah.
Dengan atau tanpa sengaja.

Mana mak ???


Jam 6.30 petang

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

 
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

✿AZAB BAGI KAUM WANITA DI NERAKA✿


Cik Po ada sesuatu yang penting nak bgthu kat kaum hawa ni termasuk untuk diri Cik Po jugakk :) Semoga ini akan bagi iktibar buat kita yeee ..Alaa~ korang tengok tajuk pun dah tahu kan ?? Lupe pulak !! Kaum adam pun boleh jugakk baca ni ..Tak semsetinya kaum hawa je kan ..yela ,,mana tahu kaum adam boleh bgthu kat isteri2 nanti ^^

Saidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis mankala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw, mengapa beliau menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di isra'- kan, aku melihat perempuan- perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya."
Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. 

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. 

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. 
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan, "Mengapa mereka disiksa seperti itu?"
Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. 
Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. 
Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub.
Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. 
Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
MasyaAllah ! Kaum Hawa ,,inikah yang kita inginkan nanti ??? Tak terkata siksanya kaum hawa di neraka ! :( Semoga kita terhindar dari siksa api neraka ..yang belum lagi menutup aurat tu ,,tutuplah aurat anda ...Tapi biar ikhlas menutup aurat tu k ! Jangan kata belum sampai seru ... Mati tu tak diseru jugak ! Mati tu bila2 masa je dtg ..Bak kata org ,,malang tak berbau ...ehh ,,sesuai ke ni ? ahaha xD  sesuai ke tak sesuai ,,ada jugak kaitannya kan ?? Hehe~ Jangan marah ^^ Setakat ni lah ye ! Nanti jumpa lagi :) kejap2 ! ada lagi nak bagi niee ..gambar kat bawah ni haa~ sekadar renungan kita bersama lah ye .. Selamat beramal~


 


Lalat sebagai tentera Allah


Now nak story tentang LALAT ..
Ni Cik Po copy kat satu buku nie ..
Tapi tak la copy 100% ..
Cik PO ada tambah ckit2 ^^ 
Selamat membaca ok ! 

   
Semua org tahu lalat mempunyai sifat yang pengotor dan menjijikkan.
Mereka akan membiak di tempat2 yang kotor..
Apa yang pasti ,,tidak ada orang yang suka bermain atau membela lalat .
Walaupun lalat kelihatannya terbang kat taman bunya yang harum & wangi ,,tetapi nak tahu mana arah tujunya ?? 

Mesti la kat tempat sampah dan benda2 kotor ...Betul tak ?? 
Ape2 je keindahan yang ada kat dunia ni ,,lalat tak kan tertarik sebab mata dan hatinya pada benda2 kotor je >_<

Haaa !! Kalo kte perhatikan kat sekeliling kita ,,ada jugak MANUSIA yang bersifat seperti lalat ..
Tak percaya ??? Biar Cik PO buktikan :)

Manusia yang seperti lalat ni adalah manusia yang tidak suka kat perkara2 yang baik ..
Walaupun rumah mereka ni ada al-Quran ,,mereka tetap jugakk dengar lagu2 yang melalaikan ..
Tak payah la bgthu lagu ape..
Korang sendiri tahu ;)

Satu lagi ,,ada masjid n surau kat sebelah rumah ,,tapi dia lebih suka pergi ke shopping complex wlaupun jauhhh dari rumah dia ..
Pastu ,,diorg ni suka sangat nak membuang masa dgn berkumpul di tepi jalan tanpa tujuan ..

Cuba korg tanya kat diri korang ....
"Aku ni nak jadi manusia golongan lalat yang suka kat benda2 kotor or manusia seperti lebah yang selalu mengeluarkan madu yang maniss ???"

Haaa~ seburuk2 kejadian lalat ni ,ada jugak manfaatnye taw !!
Allah menciptakan lalat agar manusia ni sentiasa cinta kpda kebersihan :)
Sebab ape ??
Sebab kalo manusia tak mencintai kebersiahan ,,Allah akan mengirimkan tenteranya ,,iaitu lalat ..
Lalat ni akan bawa kuman dan penyakit ..
Dgn itu manusia akan sentiasa ingat bhwa kekotoran akan membawa penyakit dan kebersihan lambang kesihatan :)

Sekian ...

Hatiku Hatimu



 Hyee korangg !!! :) Ada benda nak story nie ;) Mula2 korang kena tengok dia nie dulu :p

Ok ?? Kenal tak ?? Ada yang kenal ada yang tak kenal kan ?? HAHAHA xD
Ni ada biodata yang seringkas2nya tentang dia nie ^^

Nama : Mohammad Amirul Faiz Bin Kalana
Rumah : Kuching
Sekolah : Kolej Matrikulasi Labuan ( habis suda )
Status : <3 <3 <3 <3 <3

Setakat tu je aku tahu ! Yang lain tu ada jugak laa .tapi private ckit ..Hehe :) ok2 ..Berbalik ke cte td ..Aku kenal dia nie ,,pada tahun ni jugakk ..2013 ... Ktorg bekenalan kat ..FACEBOOK haaa ! ada fb tak ??mesti ada kan ?? tipu la kalo korg xde fb ..aku pun tak tahu dia ke aku yang 'POKE' dulu kat fb ..yang pasti ,,sejak ktorg 'POKE' kat fb ,,mula laa dia send im kat aku ..auww !!! AHAHA xD sampai laaa ,,satu hari tu ...dia tba je minta num fon aku (gurau je katanya) HAHAHA xD aku pun bagi jela ..sebab dia da jadi kawan aku ..lain laa kalo aku tak kenal dia langsung !! Ehem !! then ,,suatu malam tu aku beranikan diri untuk kol dia ..ktorg pun berbual laaaa ...entah ape dibualkan ,,aku pun xingat ..HAHAHA xD

Lepas aritu ,,aku xberani kol dia ,,sebab aku da rsa lain macam ..rasa LOVE terbang kat sekeliling aku ! korg paham2 jela ek :P kali ke 2 aku kol ,,aku terus luahkan perasaan aku kat dia ..well !! ini GENTLEWOMAN ok !! :P xsgka pulak dia punya perasaan yang sama dengan aku !! auwww2 !!! sejak tu ,,aku dgn dia pun semakin rapat dan rapat ..alaa,,bukan rapat duduk sebelah2 tu !!! iskk !!berdosa tahu !? rapat dari ke hati haaaa :) dia TAK PERNAH ajak aku COUPLE :) tu aku tabik kat dia ^^ sekarang ni kami di alam PERTUNANGAN ;) doakan kami supaya dapat pergi ke alam PERKAHWINAN pulak ye !! amin~

Sebelum aku nak habiskan story aku nie ,,aku nak korg tgk pic2 niee..


yg nie mula2 dia hantar kat aku ...sweetnyeerrr !!! 


 yg ni paling paling paling aku suka !!! 

Sekian sahaja :) 

MJ <3 AF





Budak baru belajar !

Assalamualaikum !
Fuhh~ Ni first post aku kat blog taw !!! bukan setakat first post ,,first nak design blog jugak haa~
Ok ,,ada cerita di sebalik aku buat blog ni >_<
Punya la lama ..(ermm ..lama ke ?? )
Kira 2 3 hari laa ..
Mula2 tu aku da give up jugakk :(
Aku post kat fb macam2 sebab nak carik sape boleh design blog no untuk aku :D
Bila xde org layan ,,aku teringat pulak adik angkat aku ada buat blog..
Aku kol la dia minta tolong dia design kan ??
Boleh aku suruh dia design malam tu jugakk ..
Terus aku dapat pangkat 'GELOJOH' dari dia..HAHAHA :D
Tapi lepas tu ,,aku tak laa nak 100% suruh dia designkan ??
Aku cuba search kat google tutorial nak design blog ni ....
Sedikit demi sedikit,,yg hasil hari ni laa aku dapat..
Alaaaaa..xcantik sangat pun cm blog korang :/
Nanti lama2 aku belajar la lagi.....
Aku akan cuba dan terus mencuba ! YEAHHH !

Copyright 2013 © Hak Cipta Terpelihara by Cik Mafisah